photo LiveToInspireWhite.png
Showing posts with label Hamil. Show all posts
Showing posts with label Hamil. Show all posts

Kisah Susu Ibu yang diceritakan didalam Al-Quran

/ Tuesday, February 11, 2014 /
Hai, hari ni saya nak cerita sikit tentang kisah susu ibu yang ada diceritakan didalam Al-Quran. Blog entri ni saya ambil dari blog Maria Firdaus kerana apa yang mereka ceritakan sudah cukup inputnya.

Harap para-para ibu atau bakal ibu dapat mengambil iktibar dari entri ini, insyaAllah :)

******************************************************************

Assalamualaikum,

Hari ni Maria nak share tentang ayat-ayat Al-Quran yang menceritakan tentang SUSU IBU. 

Alhamdulillah, masa pregnant anak sulung dulu, Maria banyak juga baca tentang kebaikan breastfeeding. So sebelum bersalin memang dah bercita-cita nak fully breastfeed.

Dan bila diteliti, rupa-rupanya banyak Allah ceritakan tentang susu ibu dalam Al-Quran.
Para ibu HENDAKLAH menyusukan  anak-anaknya selama DUA TAHUN PENUH, iaitu bagi yang ingin MENYEMPURNAKAN  penyusuan itu”  
– Surah Al-Baqarah, Ayat 233

Apa yang anda dapat simpulkan daripada firman Allah di atas?

Ayat ini sebenarnya berbentuk PERINTAH atau SURUHAN. 

Maksudnya ia menjadi PERINTAH AGAMA supaya ibu-ibu menyusukan bayi mereka, selama 2 TAHUN, iaitu tempoh yang PALING SEMPURNA untuk kebaikan Ibu dan Anak.

Susu yang dimaksudkan pula, pastilah SUSU IBU dan bukannya makanan lain seperti susu lembu, susu formula atau bijirin bayi. (Klik untuk mengetahui Sejarah Susu Formula)

Ini kerana kalau yang dimaksudkan apa sahaja makanan bayi, tak payahlah Allah turunkan ayat ni. Fitrah sebagai ibu, mestilah kita akan bagi makan pada anak kan. Takkan nak biarkan anak kelaparan pulak. 

Tapi ayat di atas adalah khusus untuk SUSU IBU, sebab ia makanan terbaik yang Allah ciptakan khas untuk bayi, berbanding lain-lain makanan bayi. 

Bagi Maria, ayat di atas lah yang telah memberi motivasi kepada Maria untuk berusaha bersungguh-sungguh menyusukan anak-anak Maria dengan susu badan sahaja selama 2 TAHUN. 


Betapa banyaknya kebaikan Susu Ibu kepada bayi. Sanggupkah kita sebagai ibu bapa menafikan HAK ANAK kita mendapatkan yang terbaik untuk dirinya?

Breastfeeding memang TIDAK MUDAH pada mulanya, terutama untuk pengalaman anak sulung. Tapi Maria dah berazam, walau apa pun yang terjadi, Maria takkan sekali-kali memberi susu formula kepada anak sehinggalah berumur 2 tahun. 

Memang banyak halangan dan cabaran yang Maria hadapi untuk fully breastfeeding. Sebagai ibu berkerjaya, setiap hari terpaksa berjauhan dengan baby selama 12 jam. Masa anak sulung, belum kenal vitamin Shaklee lagi, so rasa letih memang tak tau nak describe macam mana. 

Ini termasuk terpaksa berjauhan dengan Farees selama 2 minggu untuk menunaikan Umrah semasa Farees berumur 10 bulan. Maria dapat meninggalkan 1 freezer yang penuh dengan susu yang telah dipam dan dibekukan. Ini adalah hasil usaha gigih mengepam setiap hari, siang dan malam, selama 3 bulan mengumpul stok susu sebelum menunaikan umrah. 

Alhamdulillah, stok ini pun hanya cukup-cukup untuk Farees dari waktu kami bertolak ke Mekah sehingga pulang ke Malaysia. Kisah ini ada Firdaus ceritakan dalam Travelog Umrah kami (klik di SINI)

Tapi syukur Alhamdulillah, dengan ilmu penyusuan yang betul, doa dan semangat juang yang tinggi, Maria berjaya juga fully breastfeed anak pertama, Muhammad Farees sehingga berumur 2 tahun dalam segala kepayahan.

Untuk pengalaman menyusu anak kedua, sekarang ini adalah lebih mudah. Muhammad Fateh sekarang berumur 8 bulan, dan masih fully breastfeed. Ditambah dengan bantuan supplemen SHAKLEE, badan sentiasa rasa cergas, mudah menyusukan dan susu pun lebih banyak.

Syukur Alhamdulillah, setakat ini anak-anak kami semuanya sihat dan cerdas. Kalau demam atau selsema pun, tidak teruk dan cepat juga sembuh. Mudah-mudahan Allah terus memberikan nikmat kesihatan kepada kami sekeluarga.

Kalau saya tetap tak boleh menyusu, boleh ke terus bagi susu formula?

Untuk masalah ini, mari kita baca firman Allah seterusnya dalam ayat yang sama:-


Apabila keduanya ingin menyapih (memberhentikan penyusuan) sebelum dua tahun dengan kerelaan keduanya dan permesyuaratan, maka tidak ada dosa atas keduanya.  

Dan jika kamu hendak beri anak-anak kamu menyusu kepada orang lain, maka tidak ada salahnya bagi kamu apabila kamu serahkan (upah) yang kamu mahu beri itu dengan cara yang patut dan bertakwalah kamu kepada Allah, serta ketahuilah, sesungguhnya Allah sentiasa melihat akan apa jua yang kamu lakukan." 
Surah Al-Baqarah, ayat 233

Dalam ayat ini, menunjukkan kalau ibu kandung ada masalah yang menyebabkan langsung tidak boleh menyusu, ibu boleh berhenti menyusukan sebelum bayi berumur 2 tahun. 

Tapi mestilah dikenalpasti dulu faktor kenapa ibu tu tak dapat menyusukan bayi. Kalau disebabkan tiada susu atau bayi tak mahu menyusu, perlulah dapatkan nasihat pakar terlebih dulu. Itu bukan ALASAN mudah untuk terus memberi susu formula.

Penyusuan perlukan ILMU. Jika cukup ilmu dan teknik yang betul, usaha yang gigih, InsyaAllah ibu pasti berjaya menyusukan bayi. 

Tapi kalau tak mahu menyusukan sebab nak JAGA KECANTIKAN atau MALAS dengan hal-hal susu ibu yang leceh, agak-agak kita ikut tak suruhan Allah dalam ayat yang mula-mula tadi tu? 

Melainkan si ibu menghadapi komplikasi kesihatan atau halangan yang betul-betul tak dapat dielakkan, barulah pergi kepada alternative IBU SUSUAN pula. 

Ini satu lagi ayat Al-Quran yang berkaitan ibu susuan:-

Dan Jika mereka menyusukan (anak-anakmu) untukmu, maka berikanlah pada mereka upahnya; dan mesyuaratlah di antara kamu (segala sesuatu dengan baik; dan jika kamu menemui kesulitan, maka perempuan lain boleh menyusukan (anak itu) untuknya” 

Surah At-Thalaq, Ayat 6


Jadi susu badan tetap sepatutnya menjadi makanan utama bayi, bukannya susu formula atau makanan lain buatan manusia.

Dan kalau memang dah tiada ibu susuan yang dijumpai dalam dunia ni, mungkin barulah kita boleh fikirkan tentang susu formula. Hmmm..

Dan yakinlah, jika Allah dah perintahkan sesuatu, pasti dan pasti ada hikmah dan kebaikan yang Allah nak berikan kepada kita. Tugas kita berusaha yang terbaik untuk mentaati perintah Allah itu.

Breastfeeding bukan saja baik untuk bayi, tetapi juga kepada ibu yang menyusu itu sendiri.


Semoga entry ini dapat MEMBUKA HATI dan MINDA kita semua tentang kepentingan susu ibu seperti yang telah Allah perintahkan di dalam Al-Quran. 

InsyaAllah, dalam entry yang lain saya akan kongsikan ayat-ayat Al-Quran lain yang berkaitan dengan susu ibu. 

Thanks for reading! :)

Ingin mendapatkan supplemen yang sesuai untuk anda dan keluarga? Hubungi saya untuk:-

>> Whatsapp / SMS saya untuk dapatkan FREE Consultation!
>> BEST PRICE GUARANTEED! 
>> Business Opportunities with Shaklee

Amirah Farhana Abbas
Shaklee ID: 1084359
Whatsapp/SMS/Call: 013-360 4303

Email: amiraafarhana@gmail.com

Cara nak mengelak jaundis bayi semasa mengandung.

/ Friday, November 29, 2013 /


Pada kebiasaannya, kebanyakan bayi baru lahir dibawa ke klinik kerana penyakit kuning. Bayi kuning atau neonatal jaundice boleh mencecah sehingga 60% kelahiran. Bermakna setiap 6 orang bayi yang lahir akan menjadi kuning di dalam setiap 10 kelahiran. Dan pada kebiasaannya bayi ini menjadi kuning pada hari ketiga selepas lahir dan semakin hilang selepas beberapa hari.

Apa itu JAUNDIS?



Jaundice berasal dari perkatan Perancis ‘jaune yang bermakna kuning. Sel darah merah manusia yang terurai (kerana mati) menghasilkan partikel yang dipanggil bilirubin. Bilirubin ini adalah tidak larut air dan akan dihantar ke hati untuk diubah kepada menjadi larut air.
Setelah itu sebahagiannya akan dikeluarkan menjadi air kencing (menyebabkan air kencing berwarna kuning!). Sebahagiannya pula akan dibuang melalui najis melalui saluran hempedu (menyebabkan najis berwarna coklat kekuning-kuningan!).


16 TIPS ELAK JAUNDIS


1. Minum air glukos original semasa kandungan nak masuk 9 bulan

2. Minum susu kambing semasa mengandung

3. Jangan makan jeruk semasa mengandung

4. Jangan makan junk food

5. Jangan makan kacang parang.

6. Makan makanan yang kaya dengan vitamin D contohnya seperti minyak hati ikan, ikan air masin, hasil tenusu & telur mentega, minyak ikan kod, hati, susu, ikan salmon , sardin, ubi kentang, tuna & minyak sayuran.

7. Elakkan minum ais.

8. Makan epal hijau, anggur dan buah delima

9. Minum susu yang dikisar bersama kurma.

10. Elakkan makan kerang

11. Elakkan makan mee segera

12. Amalkan minum jus pegaga

13. Elakkan makanan yang mengandung MSG- Bahan perisa tambahan

14. Elakkan minum air berkarbonat.

15. Kurangkan makan makanan yang beta kerotin tinggi seperti betik, lobak merah

16. Makan supplement yang cukup untuk beri nutrisi yang baik untuk bayi dan juga ibu.


Jadi para ibu-ibu boleh lah cuba dan berdoalah semoga baby yang dilahirkan nanti tak kena jaundis dan tak perlulah kita bersusah payah nak bawa baby check darah selalu dan baby pun tak terseksa kena cucuk.

Sayangilah bayi dalam kandungan anda, berikan nutrisi sepenuhnya kepada bayi kita supaya dia dapat membesar dengan sihat dan tidak ada complication selepas dilahirkan.

Bayangkanlah betapa seksa bayi kita jika lahir-lahir sahaja sudah kena cucuk sana sini. Buatlah pilihan yang terbaik sebagai ibu bapa.

Selain makan makanan yang berkhasiat, makanlah supplement semasa anda sedang hamil.

Jika anda mahukan konsultasi percuma tentang Set Kehamilan ini, whatsapp saya :)


>> Whatsapp / SMS saya untuk dapatkan FREE Consultation!
>> BEST PRICE GUARANTEED! 
>> Business Opportunities with Shaklee

Amirah Farhana Abbas
Shaklee ID: 1084359
Whatsapp/SMS/Call: 013-360 4303
Email: amiraafarhana@gmail.com

Apa nak buat masa tengah mengandung? Part 1

/ /
Assalamualaikum,

Pelbagai pendapat berkenaan fungsi supplement Shaklee terutama kepada ibu menyusu… Kita ikuti pengalaman di bawah dan tengok apa katanya


“…Dulu makan Shaklee sbb menyusu… skrg makan Shaklee sbb nak baiki kualiti kesihatan,…dulu kurang yakin sekarang dah yakin. “… dah macam lagu SMSalim lak..dulu lain sekarang lain… “dulu tak tahu ape2 pasal supplemen..sekarang dah mcm doktor…. dulu anti supplemen..sekarang pengguna tegar Shaklee…. dulu selalu sakit.. .sekarang sihat sejahtera… dulu layu kusam.. sekarang berseri2 dan makin segar bugar….dulu badan mcm dipam2..sekarang slim vogue gitu..dulu anak selalu demam..sekarang anak makin aktif makin pandai…..”.
Inilah cerita Ida.. yang pada awalnya makan hanya utk bykkan susu badan… tapi apa hasilnya sekarang?.. BONUS BESAR?
Pada awalnya saya hanya ambil Ostematrix sebab risaukan susu badan kurang kalsium. Ni masa si abang masih baby. Dah habis sebotol baru terperasan yang sakit di tangan dah hilang. 
Sakit ni mula lepas bersalin sebab selalu tidur dengan position mengiring semasa menyusu. Nak angkat barang berat sikit.. sakit, nak pusing terlebih sikit.. sakit. Sakitnya di bahagian pergelangan tangan dan bahagian atas tangan. Bila dah hilang tu, kagum la jgk kan.
Kemudian bila mengandung anak no 2, saya nak tambah zat besi plk. Suka hati ja. Rasa2 kurang ni saya ambil ni, rasa kurang tu saya ambil yg tu plk. Hahaha… Then K Ann cadangkan ambil set A kalau xsalah. Ada vita-lea yg ada multivitamin.
Masa ni saya ambil kalsium jgk. Payah sungguh nak telan masa ni. Bila telan ja rasa nak terkeluar balik dan rasa pening. Saya pun kena penangan healing crisis campur morning sickness. K ann cadangkan minum byk air dan ambil sebelah malam instead of pagi.
Bila dah tukar time, saya kerap lupa. wuhuu~~. Saya makan bila ingat ja dan dengan minuman berperisa. Tak kisah la janji dapat telan. Time tu sekali makan 9 biji pil, colorful ja.
Kenapa saya sanggup? Terpaksa sebenarnya. Demi keluarga.. Nak jaga anak sulung, baby dlm perut, suami lagi dan diri sendiri juga. Kalau dah lemah longlai ja, kesian org yg perlukan kudrat dan perhatian saya.
Kesannya, sepanjang mengandung kali kedua, saya sihat dan bertenaga, alhamdulillah. Malah saya tetap teruskan penyusuan halfway dan berhenti sepenuhnya lagi sebulan nak due. Sebabnya, saya nak tidur lena sepanjang malam selama sebulan sebelum beranak. Hehe..
Syukur sangat walaupun tak amalkan set mengandung yg mahal dan well known, baby kedua tetap dilahirkan sihat, sempurna dan putih serlah. Masa berpantang pun, tangan dan punggung tak sakit langsung mcm kali pertama dulu. Kemudian Along cadangkan saya jadi member dan tolong dia jual trial pack. Masa ni baru saya cuba full pack set b.
Saya memang tak nak ambil alfalfa sebab susu dah cukup dan risau terlebih meriah plk nanti. Memandangkan badan saya sengal2 mcm berangin, saya cuba jugaklah alfalfa tu later on. Tak lama lepas tu, badan pun lega banyak berbanding ambil set b tanpa alfalfa. Kemudian baru saya perasan yg keputihan saya dah hilang. Wah wah wah.. Bonus besar ni. Syok habis saya dengan kesan yang tak disangka tu.
Bila bulan puasa pula, saya start ambil ESP regularly dengan vitamin2 lain semasa sahur sekadar persediaan untuk mengekalkan production susu. Bila raya tiba, jeng jeng jeng, ramai yg tegur badan saya banyak turun. Cikgu sekolah menengah, siap kata saya maintain ja dr dulu. Wahahaha!!! Kembang semangkuk la.
Tu yang bertambah sayang dengan vitamin-vitamin Shaklee tu. Mahu taknya, banyak jasa tu. Anak no 2 saya pun dapat tempiasnya hasil penyusuan yg bernutrisi tinggi. Syukur alhamdulillah atas segala kurniaan dan bonus dariNya.
Bila kita ambil supplement dengan ilmu, maka lebih banyak ilmu baru yang kita dapat. Ini kerana terdapat banyak misconception tentang pengambilan vitamin, misalnya:
  • Ambil supplement (set penyusuan misalnya), nak susu jadi banyak. Tapi tidak mengepam dengan kerap.
  • Ambil supplement hanya untuk banyakkan susu, sebenarnya supplement untuk kesihatan tubuh badan juga.
Jadi, ambillah supplement dengan ilmu, agar kesihatan kita berkekalan. Dan milk booster pula pandai-pandailah memilih, pilihlah yang seimbang dengan diet.
Credit to Mamacergas.com

Thanks for reading! :)

Nak tau lebih lagi tentang Set Kehamilan ni? Whatsapp saya sekarang :)


(tekan gambar untuk gambar yang lebih besar)

>> Whatsapp / SMS saya untuk dapatkan FREE Consultation!
>> BEST PRICE GUARANTEED! 
>> Business Opportunities with Shaklee

Amirah Farhana Abbas
Shaklee ID: 1084359
Whatsapp/SMS/Call: 013-360 4303
Email: amiraafarhana@gmail.com

Tak boleh nak hamil setelah lama cuba?

/ Wednesday, November 20, 2013 /

"Alhamdullillah aku pregnant"

... begitulah kata-kata dari customer yang mengamalkan pengambilan vitamin dari Shaklee yang berjaya hamil.

Ramai pasangan yang sudah lama berkahwin dan masih belum dikurniakan zuriat. Pelbagai petua dan cara dah cuba tapi masih lagi belum hamil. Ramai wanita yang nak hamil dan ingin hamil cepat tapi tidak tahu bagaimana. Jangan putus asa! Sentiasa percaya bahawa Allah SWT ada perancangan yang lebih bagus lagi untuk kita , in shaa Allah.

TETAPI!

Kita tidak boleh putus asa mencuba dan bulat-bulat meletakkan semuanya kepada takdir. Kita kena ikhtiar bersungguh-sungguh dahulu baru tawakal.

Shaklee sudah lama menjadi "penolong" untuk pasangan-pasangan begini. Antaranya adalah:







   Shared from setkesuburan.com 




Ni baru sikit, ada banyak lagi sebenarnya testimoni - testimoni gembira dari orang yang sudah cuba SET KESUBURAN SHAKLEE ni.

Ramai customer cakap mereka berpuas hati dengan GLA Complex. Apa GLA Complex tu?





Bagaimana GLA Complex membantu anda untuk cepat hamil?
GLA (gamma linolenic acid) menurunkan kolesterol dan ia membantu melegakan sindrom pra haid (PMS) seperti senggugut, dan membantu meningkatkan lendir servik yang berkualiti untuk kesuburan. Ia juga membantu dalam melegakan kesakitan dan kekejangan kerana GLA ditukarkan kepada prostagdalin E1.

Bagaimana GLA Complex membantu wanita yang ingin hamil cepat?
GLA membantu seorang wanita menghasilkan lendir serviks yang berkualiti untuk kesuburan iaitu lendir yang bewarna putih telur. Perasan tak sebulan sekali seorang wanita akan mengeluarkan cecair yang sebegitu, yakni sewaktu subur. Namun, tak semua orang mendapati cecair yang dihasilkannya sebegitu ‘subur’. 
Di sinilah fungsi GLA untuk membantu dalam penghasilan cecair yang melambangkan kesuburan ini, yang membantu sperma untuk berenang ke uterus, terus ke tiub falopio untuk bersenyawa dengan sel ovum.Bukan itu saja, cecair ini juga membantu sperma untuk terus hidup dalam tiub falopio sehingga 5 hari. Jadi, kalau tak ‘kena’ hari subur pun masih ada can sebab sperma masih ada di situ sampai hari ke-5
Jadi, puan2 yang masih belum dikurniakan rezeki anak, cuba periksa cecair serviks anda. 
Kalau cecair tu tebal, kecoklatan, kering… itu petanda kurang baik sebab ia boleh menghalang persenyawaan.

Jadi, penting ya untuk anda mengenali ‘cecair kesuburan’ kita ni.
Saya dah cerita tentang kelebihan GLA dalam kesuburan wanita dan bagaimana membantu wanita untuk hamil. Tapi adakah cukup GLA sahaja?

Sebenarnya, menurut kajian yang dibuat oleh Harvard Medical School, tahap kesuburan boleh dinaikkan dengan pengambilan Multivitamin & Multimineral. Jadi mari kita lihat satu persatu bagaimana Set Kesuburan Shaklee ini membantu dalam kesuburan.


Set kesuburan shaklee untuk wanita mengandungi:
1) ESP
2) Vita Lea
3) B Complex
4) Vita-C
5) Alfalfa
6) GLA Complex


Set kesuburan shaklee untuk lelaki mengandungi:
1) ESP
2) Vita Lea
2) B complex
3) Vita C

4) Vitamin E
4) Zinc Complex


Multivitamin dan Multimineral (Vita Lea) membekalkan kesemua nutrien yang diperlukan oleh tubuh. Pendekata ia memenuhi ruang2 kosong dalam tubuh kita di mana mungkin kita tak cukup vitamin/mineral dari diet kita. Jadi bila badan dah cukup nutrien, pasti ia dapat berfungsi dengan lebih cekap.

Vitamin B Complex penting terutama untuk mereka yang merancang untuk hamil kerana ia mengandungi asid folik yang diperlukan di awal kehamilan bagi mengelakkan bayi mengalami spina bifida. 

Vita C pula untuk pembinaan dan pemulihan sel.

Alfalfa untuk wanita membantu dalam hal2 organ kewanitaan dan menyelesaikan masalah seperti keputihan dan sebagainya. 

GLA Complex membantu tubuh menghasilkan ‘cecair kesuburan’ yang antaa kebaikannya ialah memberi ‘ruang’ untuk sperma terus hidup dalam tiub falipio sehingga 5 hari. 

Zinc pula membantu menguatkan sperma.


Gabungan nutrien di atas membantu untuk mendapatkan zuriat. Kita hanya berusaha tapi Allah menentukan. Yang penting jangan berhenti berusaha dan sentiasa berDOA kepada Allah SWT

* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * 

Jika berminat untuk dapatkan SET KESUBURAN suami isteri ini, boleh hubungi saya kerana saya nak tolong anda dalam hal ini. kerana saya tahu anda ada di blog saya ni kerana satu perkara. ANDA TIDAK MAHU GIVE UP UNTUK ADA ANAK

Saya nak bagi HARGA BEST untuk customer2 saya hari ni. SMS / Whatsapp saya sekarang di nombor ni: 

>> Whatsapp / SMS saya untuk dapatkan FREE Consultation!
>> BEST PRICE GUARANTEED! 
>> Business Opportunities with Shaklee

Amirah Farhana Abbas
Shaklee ID: 1084359
Whatsapp/SMS/Call: 013-360 4303
Email: amiraafarhana@gmail.com


Powered by Blogger.

.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright © 2010 ANNA MIRA, All rights reserved
Design by DZignine. Powered by Blogger