photo LiveToInspireWhite.png

ESP 101 : Ada Apa Dengan ESP Shaklee?

/ Monday, March 10, 2014 /
Assalamualaikum.

Hari ni kita nak belajar tentang ESP Shaklee yang sangat hot selling ni.

ESP ni nama panjangnya Energizing Soy Protein. Ada yang tahu, ada yang tak tahu, tetapi kacang soya adalah salah satu daripada sumber protein yang paling banyak.

KENAPA BADAN KITA PERLUKAN PROTEIN?

Kita perlukan protein dalam diet harian kita kerana protein membantu menghasilkan sel baru maka sel mati dan sel lama dapat disingkirkan.

Kita tahu yang protein ni datang dari banyak makanan harian kita seperti ayam, ikan, daging, kekacang dan banyak lagi. Tapi yang kita tak tahu ialah protein ni senang musnah apabila berada dalam suhu yang tinggi. Apabila ini berlaku, tubuh kita akan menyerap hanya SAKI BAKI protein yang tinggal dan selebihnya hanya menyerap minyak hasil masakan seperti ikan goreng, ayam goreng dan apa sahaja masakan yang terutamanya DIGORENG.

MINYAK = LEMAK

Ya badan kita memerlukan lemak, tetapi bukan lemak yang tidak elok seperti lemak dari minyak gorengan.


Badan kita terdiri daripada sel. Dari sel membentuk tisu. Dari tisu membentuk organ. Dari organ membentuk sistem. Protein merupakan makanan kepada sel. Jika sel mendapat cukup protein ditambah dengan protein yang bagus, sel yang sihat akan mudah terbentuk demi menggantikan sel yang lama dan mati.


PENTINGKAH PROTEIN?

Our body need protein to grow! It’s a basic material of all living cells and organ-building block of the body. Stuktur asas badan manusia adalah sel. Segala penyakit pada zaman moden ini disebabkan oleh pengumpulan sel-sel yang LEMAH & KURANG SIHAT. Keperluan protein yang mencukupi dikatakan kunci kesihatan yang optimum – protein diperlukan untuk menghasilkan hormones, enzymes, antibodies and neurotransmitter.

25% daripada badan kita berasal (diperbuat?) daripada Protein. – kuku, rambut, kulit, otot-otot adalah protein. Malah Dr. Bruce Miller dalam bukunya mengatakan kita adalah protein.

Protein berasal dari perkataan Greek (PROTOS) bermaksud – ‘the first’ dan badan kita terdiri daripada :-

1. 66% Water
2. 25% Protein
3. 8% Fats
4. 1% Combination of Minerals & Vitamins 100%




TAHUKAH ANDA ?

Shaklee adalah syarikat pertama yang mewujudkan suplement protein berasaskan kacang soya. Sebenarnya, pengasingan soya pertama yang pernah dihasilkan adalah dicipta oleh Dr. Forest C. Shaklee pada tahun 1970an. Selang beberapa tahun kemudian, beberapa ujian klinikal telah membuktikan apa yang ditemui oleh Dr. Shaklee sebelumnya iaitu protein soya merupakan sebuah blok binaan utama bagi membina kesihatan jangka panjang.


SHAKLEE ENERGIZING SOY PROTEIN

Ini adalah makanan utama dalam program Shaklee. Amat penting dalam diet harian kita. Ia merupakan minuman berkhasiat, sumber lengkap protein secara biologi yang bermutu paling tinggi yang dihasilkan dari kacang soya. Ia memberi tenaga yang berpanjangan dan membaikpulih sel-sel dan tisu-tisu yang rosak.

Soy Protein Shaklee mengandungi 14 gram protein soya semulajadi yang baik pada setiap hidangan. Diproses dengan air (bukan dengan bahan kimia) bagi mengekalkan sumber semula jadi isoflavones seperti genistein dan daidzein.

Soy Protein tidak mengandungi kolesterol dan laktosa. Ia mengandungi semua asid-asid amino yang diperlukan oleh tubuh anda bagi mengekal tisu-tisu yang sihat, termasuk 9 asid amino penting yang tidak dapat dihasilkan oleh tubuh dengan sendirinya. Produk Protein Soya ini adalah sumber-sumber kalsium dan zat besi yang baik. Selain itu ia tidak mengandungi perisa tiruan, pemanis, pewarna dan bahan pengawet.


PROTEIN SOYA SHAKLEE IALAH NON-GMO SOY!

Shaklee hanya menggunakan protein soya yang tidak diubahsuai genetiknya, iaitu Non-GMO (Non-Genetically Modified Organism), dimana ia disahkan melalui Identity Preservation Program. Program ini memastikan soya yang digunakan oleh Shaklee adalah dipantau dengan ketat dan dikawal sejak mula ditanam, dituai hinggalah diproses.


RISIKO KEKURANGAN PROTEIN (SECARA UMUM):

1. Anemia (kurang darah atau kurang oksigen dalam darah)
2. Kidney disease (penyakit buah pinggang)
3. Liver (penyakit hati)
4. High Cholesterol (kolesterol tinggi)
5. Low blood pressure (tekanan darah rendah)
6. Low blood sugar (kandungan gula darah rendah)
7. Nerve instability (Fungsi saraf tak stabil)
8. Peptic ulcer (Ulser perut + usus)
9. Poor wound healing (Luka ambat sembuh)
10. Poor blood circulation (Pengaliran darah yang tidak lancar)
11. Poor vision (Penglihatan kurang baik)
12. Irritability (Badan menggeletar)
13. Fatigue (Letih lesu)
14. Weakness (Lemah)
15. Water retention (Tinggi kandungan air dalam tisu badan)
16. Prolonged period of time mental retardation (Terancat akal)
17. Lack of resistance to infection (Ketahanan badan rendah terhadap jangkitan)

Kelebihan ESP ini ialah;
  • membantu membina dan perbaiki tisu-tisu badan, dari sel akan terbentuk organ. Dari organ terhasilnya sistem. Ia penting kepada pembentukan janin dan juga membantu untuk menambahkan susu.
  • menyediakan 14gram protein kacang soya dalam setiap hidangan untuk sihatkan jantung
  • setiap hidangan membekalkan 50% daripada Nilai Harian kalsium untuk menyokong tulang yang kuat
  • kandungan fitoestrogen untuk kesihatan prostat,payudara dan menepous
  • indeks glisemik yang rendah untuk membantu mengekalkan paras gula dalam darah

APA YANG ANDA AKAN DAPAT SETELAH MINUM ESP NI?

Pelajar dan pekerja atau individu dewasa : As energy booster (kalau minum pagi2 tu. terasa energetic dan tak rasa lapar sangat.. so bonuslah for weight management)

Lelaki : melindungi dari any disease (heart, cancer etc)

Ibu mengandung : for a healthier pregnancy – well-grown fetus ; less late pregnancy discomfort.

Wanita : keanjalan kulit (protein penting kepada mereka yang ingin kulit yang cantik dan ton warna yang sekata. Mereka yang mempunyai bekas jerawat yang berwarna hitam adalah disebabkan kekurangan protien untuk membina sel baru dan menyingkirkan sel mati yang berwarna hitam tersebut).


Sharing info dari: Blog Amir Awang



[ PROMO ESP BUY 6 FREE 1, bulan Mac 2014 sahaja!! ]


Ramai yg taknak lepaskan peluang ni sebab :-

Buy 6 Free 1. Untung rm150 di situ.


Dapat FREE MEMBERSHIP. Keahlian Shaklee utk SEUMUR HIDUP.

Dapat lagi cashback (bonus pertama) drp Shaklee nanti.

Terus dpt ID sendiri & blh beli dgn harga member, bila2 masa & di mana saja.

Terus blh akses www.shaklee2u.com.my. Kalau nak bisnes, terus boleh mula bisnes. TANPA MODAL & TANPA SIMPAN STOK.

Terus blh join team kami & empayar besar Jutawan. Bertemu leader2 5-6 angka. Kejayaan yg dah terbukti.

Apa tunggu lagi kan?

Promosi ESP, berlaku hanya 2 tahun sekali. Tahun depan tak jumpa dah. Hehe.


************************************************************

Ingin mendapatkan supplemen yang sesuai untuk anda dan keluarga? Hubungi Mira untuk:-

>> Whatsapp / SMS saya untuk dapatkan FREE Consultation!
>> BEST PRICE GUARANTEED! 
>> Business Opportunities with Shaklee

Amirah Farhana Abbas
Shaklee ID: 1084359
Whatsapp/SMS/Call: 013-360 4303

Email: amiraafarhana@gmail.com

Day 1 [ 30 hari mencari kehidupan yang sihat ]

/ Monday, February 17, 2014 /
Assalamualaikum & Selamat pagi semua!

Hari ni bermula lah 30 hari mencari kehidupan yang sihat Mira!

Alhamdulillah, pagi ni, lepas Solat Subuh dan Solat Sunat (which Mira akan cuba buat dengan kerap), saya tidak tidur balik. *YAYY!* 

Tidur balik lepas Subuh ni common sangat lah sebab Mira kerja dari rumah dan Mira tahu ini bukan habit yang bagus. Menolak rezeki namanya ni. Jadi, sebabkan Mira nak 'instill' good habit dalam kehidupan seharian Mira, semuanya mesti diubah. Termasuklah bila Mira tidur dan bangun tidur :)

Sebenarnya Mira saja je nak share apa yang Mira makan pagi ni. Kiranya macam food journal lah jugak ni. hehe

Selasa 
18 Febuari 2014

Breakfast 
Scrambled egg
Hot dog rebus 
Air kosong banyak-banyak!

** Processed food i.e Hotdogs ni sebenarnya tak elok, and kalau boleh nak buang completely daripada diet Mira, tapi slowly ye? hehe. Sebab tu rebus, tak goreng. Rasa macam kurang bersalah la kiranya ni. hehe

Tapi part air kosong banyak-banyak tu memang betul. Pagi ni je Mira dah refill 2 kali dah tumbler air Mira, and I can safely say, rasa cergas sikit lah. 

Orang selalu kata, pagi-pagi nak minum Nescafe ke kopi sebab nak segar, nak tenaga, tak nak mengantuk pergi kerja atau kuliah. Tapi sebenarnya, mengikut kajian saintifik, otak kita ini memerlukan 80% air. Kita rasa ngantuk sebab oksigen kurang ke otak, walaupun hidung kita tak berhenti henti bernafas. bila minum air, bendalir badan kembali seimbang. Ini akan mengurangkan rasa mengantuk. Tengok orang cina, rajin bawak air, orang melayu memang jarang-jarang sekali nak bawak, kan? *Terkena batang hidung sendiri sebenarnya*

Okay lah, insyaAllah lepas ni Mira update lagi apa yang Mira makan kat sini yeh?

PS: Kalau siapa-siapa ada tips nak makan apa ke, nak senaman apa ke, comment lah kat bawah ye. Sharing is caring :)

************************************************************

Ingin mendapatkan supplemen yang sesuai untuk anda dan keluarga? Hubungi Mira untuk:-

>> Whatsapp / SMS saya untuk dapatkan FREE Consultation!
>> BEST PRICE GUARANTEED! 
>> Business Opportunities with Shaklee

Amirah Farhana Abbas
Shaklee ID: 1084359
Whatsapp/SMS/Call: 013-360 4303

Email: amiraafarhana@gmail.com

30 hari mencari cinta

/ /

30 hari mencari cinta

okayyy, memang tak la kan.

okay, sebelum Mira cerita 30 hari mencari apa sebenarnya, Mira nak cerita ni. Mira baru habis baca satu buku ni. It totally changed my views on things. Nama buku ni, Sort Your Life Out. Bukan buku Mira pun, ni buku my friend, dia beli masa kami pegi Big Bad Wolf sama-sama last year. Tapi dia tak start-start baca lagi, and the last time, masa Mira pegi rumah dia, 'ternampak' la buku dia ni atas rak dia, pastu 'terbaca' lah sikit-sikit page depan tu. Seriously, baru baca a few pages kat depan tu pun Mira dah rasa intrigue sangat-sangat. Memang rasa nak baca sampai habislah.

Tapi, ehehehe, Yasmin belum habis baca lagi, NO, dia belum start baca pun lagi. So, Mira cakap la Mira nak pinjam buku tu, sampai konon-konon siap cakap, 

" I janji I habiskan baca buku ni dalam sehari dua je "

hmmphhh, sehari dua lah sangatttt. hahaha

Apa pun, I got the book. hehe

Ni la buku dia, by Pete Cohen


Lepas 2 minggu (lebih) baru Mira habis baca sebenarnya. Sorry Yasmin! Bukan apa, tak sempat nak pegang buku tu pun dalam masa dua minggu tu. Mira tengah sibuk dengan kerja freelance Mira sebenarnya sekarang ni. 

ANYWAYS,

Salah satu section dalam buku tu ada cakap pasal Health, Fitness & Weightloss Programme. As you all know, Mira memang tengah nak berdiet kan. hehe. So kiranya jumpa buku ni macam satu petanda lah kot Allah suruh buat sungguh-sungguh diet ni.

Tapi, apa yang Mira suka pasal program dia ni, bukan yang extreme-extreme dieting lepas tu crash. Apa yang dia suruh kita buat ialah, suruh RESET balik bad habit kita, tak kira la dalam lifestyle kita mahupun pemakanan kita. Jadi, buku ni, dia mintak kita 21 hari je! 

Dalam 21 hari ni, dia suruh kita terapkan new habit yang elok untuk kita. Dia suruh kita istiqamah, kuatkan semangat dan lawan nafsu makan banyak kita tu dan ikut 9 steps untuk a better lifestyle and diet. 

Sebabkan you all semua readers Mira, Mira bagitau lah apa 9 steps tu.

1. Makan perlahan-lahan

2. Makan bila kita lapar sahaja

3. Relax kan diri, kurangkan stress

4. Elakkan memakan makanan yang mengandungi apa sahaja jenis gula

5. Makan makanan semula jadi

6. Minum banyak air kosong

7. Berjalan sekurang-kurangnya 30 minit sehari (Mira tukar dengan buat pilates/yoga)

8. Selain berjalan, buat aktiviti lain seperti berenang, berbasikal, etc : 2 - 3 kali seminggu

9. Aktifkan diri anda!

Mira tahu, semua ni macam selalu sangat dengar orang cakap dan macam bosan je kan? Tapi, menurut buku ni, kita kena start sikit-sikit dulu. Kita kena tukar cara hidup kita ni yang kurang minum air, kurang aktif, makan makanan bergula. 

Ingat tak peribahasa ni:

"Sikit-sikit lama-lama jadi bukit" 

Ye, Mira dapat rasakan kalau Mira cubah ubah sikit-sikit bad habit Mira dan tukar kepada satu set habit yang baru, mungkin lebih senang untuk Mira berdiet dan control pemakanan Mira.

And salah satu cara lagi kalau kita nakmotivate diri kita untuk mencapai sesuatu ialah dengan Cermin Ajaib.

Setiap hari, cakap depan cermin,

"Saya boleh habiskan program 30 hari ini"
"Saya boleh habiskan program 30 hari ini"
"Saya boleh habiskan program 30 hari ini"

"Saya akan tukar bad habit saya"
"Saya akan tukar bad habit saya"
"Saya akan tukar bad habit saya"

Kerana, apa yang kita sebutkan itu doa. Dan ia memberikan kata-kata semangat positif kepada diri anda. Ianya sudah ternyata secara psykologi. Jadi jika anda kata tak boleh, maka tak boleh la anda.

InsyaAllah, doa mintak kat Allah SWT supaya beri Mira kekuatan untuk istiqamah dalam 30 hari mencari lifestyle baru Mira ini.

Amiinnnn.

ps: Vitamins pun memainkan peranan yang penting dalam memulakan pemakanan sihat ni. Jangan lupa makan your Omega Guard & Lecithin Mira, kalau nak effect yang lagi cepat! hehe

Ingin mendapatkan supplemen yang sesuai untuk anda dan keluarga? Hubungi Mira untuk:-

>> Whatsapp / SMS saya untuk dapatkan FREE Consultation!
>> BEST PRICE GUARANTEED! 
>> Business Opportunities with Shaklee

Amirah Farhana Abbas
Shaklee ID: 1084359
Whatsapp/SMS/Call: 013-360 4303

Email: amiraafarhana@gmail.com

Kisah Susu Ibu yang diceritakan didalam Al-Quran

/ Tuesday, February 11, 2014 /
Hai, hari ni saya nak cerita sikit tentang kisah susu ibu yang ada diceritakan didalam Al-Quran. Blog entri ni saya ambil dari blog Maria Firdaus kerana apa yang mereka ceritakan sudah cukup inputnya.

Harap para-para ibu atau bakal ibu dapat mengambil iktibar dari entri ini, insyaAllah :)

******************************************************************

Assalamualaikum,

Hari ni Maria nak share tentang ayat-ayat Al-Quran yang menceritakan tentang SUSU IBU. 

Alhamdulillah, masa pregnant anak sulung dulu, Maria banyak juga baca tentang kebaikan breastfeeding. So sebelum bersalin memang dah bercita-cita nak fully breastfeed.

Dan bila diteliti, rupa-rupanya banyak Allah ceritakan tentang susu ibu dalam Al-Quran.
Para ibu HENDAKLAH menyusukan  anak-anaknya selama DUA TAHUN PENUH, iaitu bagi yang ingin MENYEMPURNAKAN  penyusuan itu”  
– Surah Al-Baqarah, Ayat 233

Apa yang anda dapat simpulkan daripada firman Allah di atas?

Ayat ini sebenarnya berbentuk PERINTAH atau SURUHAN. 

Maksudnya ia menjadi PERINTAH AGAMA supaya ibu-ibu menyusukan bayi mereka, selama 2 TAHUN, iaitu tempoh yang PALING SEMPURNA untuk kebaikan Ibu dan Anak.

Susu yang dimaksudkan pula, pastilah SUSU IBU dan bukannya makanan lain seperti susu lembu, susu formula atau bijirin bayi. (Klik untuk mengetahui Sejarah Susu Formula)

Ini kerana kalau yang dimaksudkan apa sahaja makanan bayi, tak payahlah Allah turunkan ayat ni. Fitrah sebagai ibu, mestilah kita akan bagi makan pada anak kan. Takkan nak biarkan anak kelaparan pulak. 

Tapi ayat di atas adalah khusus untuk SUSU IBU, sebab ia makanan terbaik yang Allah ciptakan khas untuk bayi, berbanding lain-lain makanan bayi. 

Bagi Maria, ayat di atas lah yang telah memberi motivasi kepada Maria untuk berusaha bersungguh-sungguh menyusukan anak-anak Maria dengan susu badan sahaja selama 2 TAHUN. 


Betapa banyaknya kebaikan Susu Ibu kepada bayi. Sanggupkah kita sebagai ibu bapa menafikan HAK ANAK kita mendapatkan yang terbaik untuk dirinya?

Breastfeeding memang TIDAK MUDAH pada mulanya, terutama untuk pengalaman anak sulung. Tapi Maria dah berazam, walau apa pun yang terjadi, Maria takkan sekali-kali memberi susu formula kepada anak sehinggalah berumur 2 tahun. 

Memang banyak halangan dan cabaran yang Maria hadapi untuk fully breastfeeding. Sebagai ibu berkerjaya, setiap hari terpaksa berjauhan dengan baby selama 12 jam. Masa anak sulung, belum kenal vitamin Shaklee lagi, so rasa letih memang tak tau nak describe macam mana. 

Ini termasuk terpaksa berjauhan dengan Farees selama 2 minggu untuk menunaikan Umrah semasa Farees berumur 10 bulan. Maria dapat meninggalkan 1 freezer yang penuh dengan susu yang telah dipam dan dibekukan. Ini adalah hasil usaha gigih mengepam setiap hari, siang dan malam, selama 3 bulan mengumpul stok susu sebelum menunaikan umrah. 

Alhamdulillah, stok ini pun hanya cukup-cukup untuk Farees dari waktu kami bertolak ke Mekah sehingga pulang ke Malaysia. Kisah ini ada Firdaus ceritakan dalam Travelog Umrah kami (klik di SINI)

Tapi syukur Alhamdulillah, dengan ilmu penyusuan yang betul, doa dan semangat juang yang tinggi, Maria berjaya juga fully breastfeed anak pertama, Muhammad Farees sehingga berumur 2 tahun dalam segala kepayahan.

Untuk pengalaman menyusu anak kedua, sekarang ini adalah lebih mudah. Muhammad Fateh sekarang berumur 8 bulan, dan masih fully breastfeed. Ditambah dengan bantuan supplemen SHAKLEE, badan sentiasa rasa cergas, mudah menyusukan dan susu pun lebih banyak.

Syukur Alhamdulillah, setakat ini anak-anak kami semuanya sihat dan cerdas. Kalau demam atau selsema pun, tidak teruk dan cepat juga sembuh. Mudah-mudahan Allah terus memberikan nikmat kesihatan kepada kami sekeluarga.

Kalau saya tetap tak boleh menyusu, boleh ke terus bagi susu formula?

Untuk masalah ini, mari kita baca firman Allah seterusnya dalam ayat yang sama:-


Apabila keduanya ingin menyapih (memberhentikan penyusuan) sebelum dua tahun dengan kerelaan keduanya dan permesyuaratan, maka tidak ada dosa atas keduanya.  

Dan jika kamu hendak beri anak-anak kamu menyusu kepada orang lain, maka tidak ada salahnya bagi kamu apabila kamu serahkan (upah) yang kamu mahu beri itu dengan cara yang patut dan bertakwalah kamu kepada Allah, serta ketahuilah, sesungguhnya Allah sentiasa melihat akan apa jua yang kamu lakukan." 
Surah Al-Baqarah, ayat 233

Dalam ayat ini, menunjukkan kalau ibu kandung ada masalah yang menyebabkan langsung tidak boleh menyusu, ibu boleh berhenti menyusukan sebelum bayi berumur 2 tahun. 

Tapi mestilah dikenalpasti dulu faktor kenapa ibu tu tak dapat menyusukan bayi. Kalau disebabkan tiada susu atau bayi tak mahu menyusu, perlulah dapatkan nasihat pakar terlebih dulu. Itu bukan ALASAN mudah untuk terus memberi susu formula.

Penyusuan perlukan ILMU. Jika cukup ilmu dan teknik yang betul, usaha yang gigih, InsyaAllah ibu pasti berjaya menyusukan bayi. 

Tapi kalau tak mahu menyusukan sebab nak JAGA KECANTIKAN atau MALAS dengan hal-hal susu ibu yang leceh, agak-agak kita ikut tak suruhan Allah dalam ayat yang mula-mula tadi tu? 

Melainkan si ibu menghadapi komplikasi kesihatan atau halangan yang betul-betul tak dapat dielakkan, barulah pergi kepada alternative IBU SUSUAN pula. 

Ini satu lagi ayat Al-Quran yang berkaitan ibu susuan:-

Dan Jika mereka menyusukan (anak-anakmu) untukmu, maka berikanlah pada mereka upahnya; dan mesyuaratlah di antara kamu (segala sesuatu dengan baik; dan jika kamu menemui kesulitan, maka perempuan lain boleh menyusukan (anak itu) untuknya” 

Surah At-Thalaq, Ayat 6


Jadi susu badan tetap sepatutnya menjadi makanan utama bayi, bukannya susu formula atau makanan lain buatan manusia.

Dan kalau memang dah tiada ibu susuan yang dijumpai dalam dunia ni, mungkin barulah kita boleh fikirkan tentang susu formula. Hmmm..

Dan yakinlah, jika Allah dah perintahkan sesuatu, pasti dan pasti ada hikmah dan kebaikan yang Allah nak berikan kepada kita. Tugas kita berusaha yang terbaik untuk mentaati perintah Allah itu.

Breastfeeding bukan saja baik untuk bayi, tetapi juga kepada ibu yang menyusu itu sendiri.


Semoga entry ini dapat MEMBUKA HATI dan MINDA kita semua tentang kepentingan susu ibu seperti yang telah Allah perintahkan di dalam Al-Quran. 

InsyaAllah, dalam entry yang lain saya akan kongsikan ayat-ayat Al-Quran lain yang berkaitan dengan susu ibu. 

Thanks for reading! :)

Ingin mendapatkan supplemen yang sesuai untuk anda dan keluarga? Hubungi saya untuk:-

>> Whatsapp / SMS saya untuk dapatkan FREE Consultation!
>> BEST PRICE GUARANTEED! 
>> Business Opportunities with Shaklee

Amirah Farhana Abbas
Shaklee ID: 1084359
Whatsapp/SMS/Call: 013-360 4303

Email: amiraafarhana@gmail.com

Hello Roma! [ Part 1 ]

/ /


Saya tau, post ni memang dah long overdue, tapi saya still nak share jugak pengalaman saya. Tahun 2013 memang tahun yang paling saya tak boleh lupa sebab saya dan bestfriend saya berjaya plan Eurotrip, backpacking

Sebabkan saya dah final year kat UK masa 2013 tu, saya nak la travel dulu sebelum balik Malaysia. Kawan saya dari Malaysia nak datang UK melawat saya, so itulah kami plan terus trip ni. Kami plan trip ni senyap - senyap je sebab taknak kecoh - kecoh la kan, takut tak menjadi. Tapi Alhamdulillah, selamat pergi dan balik dah kami :)

Kami punya initial plan sebenar nya nak travel pegi:

ROME - FLORENCE - CINQUE TERRE - VENICE - PARISISTANBUL - GREECE - LONDON

Tapi disebabkan kami ni student, duit pun takde lah banyak mana, kami terpaksa cancel 2 destination :'(

ROME - FLORENCE - CINQUE TERRE - VENICE - PARIS - ISTANBUL - GREECE 
LONDON

Takpe, kalau ada rezeki insyaAllah, saya datang lagi sana!

So, hari ni saya nak share gambar saya kat masa saya kat ROME. 

**********************************************************
Ni masa kami semua tengah sibuk check balik luggage kami, untuk keluarkan mana yang perlu sebab RyanAir memang strict sikit pasal benda-benda remeh -.-


Apa yang saya tak tunjuk disini ialah, saya sebenarnya tengah pakai baju 5 layer sebab luggage saya overweight. hehe. sebabkan taknak bayar excess baggage, saya pakai la semua baju kat badan saya. Lupa nak ambik gambar masa tu. hehe

Sampai-sampai je Rome Airport, ada bas yang saya dah book berbulan sebelum trip ni datang ambik kitorang. Bas ni bawak kami straight pegi town center tempat kami tinggal. Lepas dah check in and letak luggage semua, kami ambik train pegi COLOSSEUM!!!

Sebabkan kami semua ni semua design major [3 orang budak ID, 1 orang budak archi], so bila nampak Colosseum je semua macam tak percaya! Apa yang kami belajar dari buku history ada depan mata sekarang! Rasa nak menangis pun ada. *emotional*

So, the rest of this post is, memang penuh dengan gambar kami dengan Colosseum ni. Memang jakun macam tourist habis. Takpe, orang lain faham. hehe



Ini Lina, dia bestfriend Kyrie, pun alllll the way dari Malaysia. Dia satu UITM Shah Alam dengan Kyrie masa dia buat degree. Junior saya masa buat Diploma kat UITM Perak [ID]


Ini Dalila, dia belajar sama-sama dengan saya kat UK. Dak dak Archi ni. hehe


Ini Kyrie, bestfriend saya yang datang allll the way dari Malaysia. Kami berdua lah mastermind yang plan trip ni sama-sama :)

PS: Dia tengah sketch Colosseum dalam buku travel dia. 


 

Ni semua tourist dari USA. Kami kadang-kadang dok ikut tour guide dia sebab nak dengar apa diorg cakap pasal bangunan ni. haha cheapo!



Panas terikkk sangat hari ni, tapi tak kisah sebab happy sangat!


Seriously, the journey has just begun. We have no idea what is coming for us next!

Stay tuned untuk PART 2 trip kami kat Rome!!! 

PS: Kalau ada siapa-siapa nak our advice on Rome, macam mana nak travel on a budget ke, nak stay mana ke, boleh la PM saya kat FB. Kami siap buat itinerary lagi masa kat sana. So yeah, jangan malu-malu tanya okay?

SEE YOU SOON!


Powered by Blogger.

.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright © 2010 ANNA MIRA, All rights reserved
Design by DZignine. Powered by Blogger