30 hari mencari cinta
okayyy, memang tak la kan.
okay, sebelum Mira cerita 30 hari mencari apa sebenarnya, Mira nak cerita ni. Mira baru habis baca satu buku ni. It totally changed my views on things. Nama buku ni, Sort Your Life Out. Bukan buku Mira pun, ni buku my friend, dia beli masa kami pegi Big Bad Wolf sama-sama last year. Tapi dia tak start-start baca lagi, and the last time, masa Mira pegi rumah dia, 'ternampak' la buku dia ni atas rak dia, pastu 'terbaca' lah sikit-sikit page depan tu. Seriously, baru baca a few pages kat depan tu pun Mira dah rasa intrigue sangat-sangat. Memang rasa nak baca sampai habislah.
Tapi, ehehehe, Yasmin belum habis baca lagi, NO, dia belum start baca pun lagi. So, Mira cakap la Mira nak pinjam buku tu, sampai konon-konon siap cakap,
" I janji I habiskan baca buku ni dalam sehari dua je "
hmmphhh, sehari dua lah sangatttt. hahaha
Apa pun, I got the book. hehe
Ni la buku dia, by Pete Cohen
Lepas 2 minggu (lebih) baru Mira habis baca sebenarnya. Sorry Yasmin! Bukan apa, tak sempat nak pegang buku tu pun dalam masa dua minggu tu. Mira tengah sibuk dengan kerja freelance Mira sebenarnya sekarang ni.
ANYWAYS,
Salah satu section dalam buku tu ada cakap pasal Health, Fitness & Weightloss Programme. As you all know, Mira memang tengah nak berdiet kan. hehe. So kiranya jumpa buku ni macam satu petanda lah kot Allah suruh buat sungguh-sungguh diet ni.
Tapi, apa yang Mira suka pasal program dia ni, bukan yang extreme-extreme dieting lepas tu crash. Apa yang dia suruh kita buat ialah, suruh RESET balik bad habit kita, tak kira la dalam lifestyle kita mahupun pemakanan kita. Jadi, buku ni, dia mintak kita 21 hari je!
Dalam 21 hari ni, dia suruh kita terapkan new habit yang elok untuk kita. Dia suruh kita istiqamah, kuatkan semangat dan lawan nafsu makan banyak kita tu dan ikut 9 steps untuk a better lifestyle and diet.
Sebabkan you all semua readers Mira, Mira bagitau lah apa 9 steps tu.
1. Makan perlahan-lahan
2. Makan bila kita lapar sahaja
3. Relax kan diri, kurangkan stress
4. Elakkan memakan makanan yang mengandungi apa sahaja jenis gula
5. Makan makanan semula jadi
6. Minum banyak air kosong
7. Berjalan sekurang-kurangnya 30 minit sehari (Mira tukar dengan buat pilates/yoga)
8. Selain berjalan, buat aktiviti lain seperti berenang, berbasikal, etc : 2 - 3 kali seminggu
9. Aktifkan diri anda!
Mira tahu, semua ni macam selalu sangat dengar orang cakap dan macam bosan je kan? Tapi, menurut buku ni, kita kena start sikit-sikit dulu. Kita kena tukar cara hidup kita ni yang kurang minum air, kurang aktif, makan makanan bergula.
Ingat tak peribahasa ni:
"Sikit-sikit lama-lama jadi bukit"
Ye, Mira dapat rasakan kalau Mira cubah ubah sikit-sikit bad habit Mira dan tukar kepada satu set habit yang baru, mungkin lebih senang untuk Mira berdiet dan control pemakanan Mira.
And salah satu cara lagi kalau kita nakmotivate diri kita untuk mencapai sesuatu ialah dengan Cermin Ajaib.
Setiap hari, cakap depan cermin,
"Saya boleh habiskan program 30 hari ini"
"Saya boleh habiskan program 30 hari ini"
"Saya boleh habiskan program 30 hari ini"
"Saya akan tukar bad habit saya"
"Saya akan tukar bad habit saya"
"Saya akan tukar bad habit saya"
Kerana, apa yang kita sebutkan itu doa. Dan ia memberikan kata-kata semangat positif kepada diri anda. Ianya sudah ternyata secara psykologi. Jadi jika anda kata tak boleh, maka tak boleh la anda.
InsyaAllah, doa mintak kat Allah SWT supaya beri Mira kekuatan untuk istiqamah dalam 30 hari mencari lifestyle baru Mira ini.
Amiinnnn.
ps: Vitamins pun memainkan peranan yang penting dalam memulakan pemakanan sihat ni. Jangan lupa makan your Omega Guard & Lecithin Mira, kalau nak effect yang lagi cepat! hehe
Ingin mendapatkan supplemen yang sesuai untuk anda dan keluarga? Hubungi Mira untuk:-
>> Whatsapp / SMS saya untuk dapatkan FREE Consultation!
>> BEST PRICE GUARANTEED!
>> Business Opportunities with Shaklee
Amirah Farhana Abbas
Shaklee ID: 1084359
Whatsapp/SMS/Call: 013-360 4303
Email: amiraafarhana@gmail.com


0 comments:
Post a Comment